Tuesday, February 15, 2011

"SEKOLAHKU CINTAKU RINDUKU"

November 2009 aku mule berkhidmat di Dar Al Hikmah. Sudah hampir setahun 3 bulan aku disini.Kini sedang menghitung hari untuk melangkah pergi meninggalkan tempat berkah ini. Emm...agak sedih meninggalkan warga Darul Hikmah. Apatah lagi apabila mengenangkan kebaikan setiap individu yang berada disini. Dari setinggi-tinggi penjawat jawatan sehingga serendah-rendahnya. Kami ibarat sebuah keluarga.. Saling bekerja dan membantu kerana Allah.Para Lembaga Pengarah boleh diajak bergelak tawa dan berkongsi derita, para guru saling berlumba menunjukkan kasih sayang sesama warga, para pelajar tidak lokek memberi salam sambil mengukir senyuman indah. Tiada tekanan dalam bekerja. Alunan al-Quran terdengar sini sana. Tenangnya hati...al-Quran dan hadith menjadi bual bicara anak-anak kecil dan besar. Sibuk menghafal...beratnye hati nak tinggalkan tempat ni. Namun, tanggungjawab terhadap suami dan anak yang bakal di lahirkan memaksaku membuat pilihan dan keputusan. InsyaAllah mudah-mudahan semuanya di nilai ibadah disisi Allah.

Wahai warga Darul Hikmah
Sungguh! hati ini amat mencintai kalian kerana Allah
Mencintai kalian kerana Rasulullah
kerana melihatkan semangat kalian yang tidak pernah pudar
Memikul amanah, membentuk jiwa insan-insan kecil ini...
Doaku agar kalian tetap ikhlas
Sabar dengan ujian-ujian mendatang
Bersatu hati dalam bekerja


Berat mulut ini mengucapkan selamat tinggal
Berat juga kaki untuk melangkah pergi
Apakan daya inilah ketentuan Ilahi...
Moga kite berjumpa lagi
Jika tidak didunia, insyAllah di syurga Abadi

Monday, August 30, 2010

"KEGEMBIRAAN & KESEDIHAN"


Alhamdulillah...Syukur ya Allah. Kandungan ku kini memasuki usia 10 minggu. Seperti kebanyakan bakal ibu. Aku tak terlepas dari merasa peritnya melalui saat-saat awal ni. Tekak terasa loya, pahit, dan macam-macam lagi alahan yang aku terpaksa hadapi. Tapi kegembiraan atas kurniaan besar ini menjadikan aku tabah dan sabar menghadapi walaupun kadang-kadang terasa ingin cepat berakhirnye saat menyiksakan ini.

Dalam meniti saat indah dengan kandungan sulung ni, hatiku turut merasa sedih dan pedih yang teramat. Badan terasa letih dan tidak berdaya nak buat amal soleh yang sebelum ini menjdi rutin. Ya Allah...ujian apakah ini? Tika inikah keikhlasanku dalam beramal soleh diuji? Aku rindu dengan alquran yang sebelum ini menjadi tatapanku setiap hari. Aku rindu saat manis bermunajat kepadaMu ya Ilahi. Aku rindu sangat dengan amalan-amalan sunat para solehen. Tapi tiap kali aku ingin bangkit mengejar rindu-rinduku ini, aku jadi tak berdaya. Badan terasa lemah sakali. Adakah ini sekadar alasanku? Bila aku suarakan kesedihan ini dengan sahabat-sahabat seperjuangan. Alhamdulillah semangatku kembali dengan bait-bait indah yang keluar dari keikhlasan hati mereka. Suami tercinta turut menjadi pencetus semangat apabila sanggup meluangkan masa bertadarus dan bertahajud bersama. Terima Kasih Tuhan atas kurniaan insan-insan istimewa ini sebagai pendamping di dunia.

Penyakit malasku kembali apabila lama tak berhubung dengan sahabat-sahabat dan apabila suami sibuk dengan urusan dakwahnya. Malas...tak larat....letih...huh! Aku bosan yang teramat, meniti hari-hari yang tiada pengisian jiwa. Hanya rehatkan badan atas alasan keletihan. Ya Allah, kurniakan aku kesabaran. Berikan aku kekuatan dalam bermujahadh melawan nafsuku ini. Sampai bila aku harus tunduk dengan keletihan ini.
Aku mohon bantuanMu ya Allah. Aku mahu menjadi orang bersyukur atas KEGEMBIRAANKU ini.

"ALLAH BUKAN ZAT YANG TERPESONA DENGAN KATA-KATA. BUKTIKAN KECINTAAN INI DENGAN AMAL SOLAH TIKA LEMAHNYA KITA"- nasihat seorang sahabat seperjuangan.

Monday, February 1, 2010

sinar hidup baru



"Selamat pengantin baru buat diriku dan suami tercinta"

Emm...seronoknyer bergelar isteri. Lebih seronok aku adalah isteri kepada suamiku yang sangat aku cintai kerana Allah, "Muhamad Fais bin Mohd Yusof". Diriku yang dulunye fobia dengan lelaki, kini aku rase sangat memerlukan lelaki yang bergelar suami.

Kami diuji dengan 'Percintaan Jarak Jauh' (PJJ)...Sangat memilukan. Lebih-lebih lagi buat pengantin baru seperti kami yang usia perkahwinannyapun tidak sampai 2 bulan lagi. Inilah pengorbanan namanya. Berkorban untuk kehidupan yang lebih baik, insyaAllah...

Ya Allah,

Andai perpisahan ini takdirMu buat kami,
Andai ujian ini yang terbaik untuk kami,

Lebih mendalamkan cinta kami,
Lebih menguatkan rindu kami,
Lebih mengeratkan kasih sayang kami,

Kami rela menempuhnya...
Kami sanggup meredahnya...
Asal saja, kehidupan kami Engkau redhai...

Ya Allah cinta Agung kami,

Jadikan perkahwinan ini...
Perkahwinan yang penuh keberkatan...

Perkahwinan yang membawa barokah dalam agamaMu
Satukan kami dam perjuangan menegakkan agamaMu
Kurnikan kami zuriat yang soleh dan solehah
Yang mampu menjadi singa membaham musuh-musuhmu
Menjadi abid menjelang malamMu...

Ya Allah tujuan hidup kami,

Jadikan kami redha dengan ujianMu
Tabah dengan ketentuanMu
Yakin akan janjiMu....

Bantulah kami
Dalam melakar rumah Tangga Bahagia

Amin ya Robbal 'Aalamin...

Inilah sinar baru dalam hidupku. Kurniaan dari Allah...ZAUJ HABIBI